TM @ 23 November 2007
Ust Mohd Zakuan Tak
“Bertaqwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupan kamu, dan dengarlah oleh mu serta taat, dan belanjakan harta untuk kebahagiaan diri kamu, kerana barangsiapa terpelihara dari kebakhilan diri nya, maka mereka itulah orang yang beruntung. Jika kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya Allah akan melipatkan gandakan pembalasannya kepada mu dan mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pembalas Jasa lagi Maha Penyatun.”…….At-Taghaabun a.16-17.
Saudara kaum muslimin yang dihormati sekalian.
Dihari jumaat yang mulia ini, marilah bersama kita mendengar dan menghayati khutbah pendek yang bertajuk “ Membelanjakan rezeki kurniaan Allah kejalan yang diredhainya.”
Insiden-insiden yang melibatkan Iran kebelakangan ini memperlihatkan betapa prinsip dan asas keberanian Iran berdepan dengan rentetatan isu global sangat utuh. Prinsip yang didokongi oleh Ahmedinejad dalam mengemudi Iran membawa suatu harapan baru kepada kelompok islamis dunia yang selama ini hanya mampu bertenggek atas ‘kasihan’ Pertubuhan Islam Seduni (OIC).