Insiden-insiden yang melibatkan Iran kebelakangan ini memperlihatkan betapa prinsip dan asas keberanian Iran berdepan dengan rentetatan isu global sangat utuh. Prinsip yang didokongi oleh Ahmedinejad dalam mengemudi Iran membawa suatu harapan baru kepada kelompok islamis dunia yang selama ini hanya mampu bertenggek atas ‘kasihan’ Pertubuhan Islam Seduni (OIC).
Terbaru, insiden Ahmedinejad dikecam di New York memberi inspirasi baru buat pendokong kebebasan sejagat. Peristiwa sebegini sebenarnya mengajar umat, betapa perspektif kebebasan yang dilaung-laungkan selama ini punya cacat cela yang banyak. Ketika barat mengangkat kebebasan sebagai tonggak demokrasi, Amerika Syarikat secara khusus melemparkan pelbagai tuduhan palsu kepada Ahmedinejad. Malah lebih memualkan lagi, menafikan kebebasan yang dijulang oleh massa negara itu.
Ketika dijemput untuk memberi syarahan umum di Columbia University, Ahmedinejad disambut dengan pelbagai slogan jahat yang menghakimi pandangan Iran secara langsung. Walhal, dalam diskusi akademik yang berlangsung di universiti tersebut, sebarang provokasi jahat yang menidakkan perbincangan secara intelek sewajarnya dijauhi.
Ahmedinejad menyambut kesemua slogan jahat dengan bersahaja dan penuh bijaksana.
Adab Barat Yang Dilupakan
” I think the text read by the dear gentleman here, more than addressing me, was an insult to information and the knowledge of the audience here. In a university environment we must allow people to speak their mind, to allow everyone to talk so that the truth is eventually revealed by all.
We’ll just leave that to add up with the claims of respect for freedom and the freedom of speech that’s given to us in this country.any parts of his speech, there were many insults and claims that were incorrect, regretfully. “
Ekstrak daripada ucapan Ahmedinejad seperti diatas memberikan satu signifikasi kepada khalayak umum, betapa dalam menangani ‘kebebasan’ dari perspektif barat, khalayak sewajarnya meletakkan idealisme intelek dan akedemia mendahului suasana emosi.
Selaku seorang yang lantang bersuara dan mengecam barat, sudah pastilah Ahmedinejad bersedia menerima sebarang kritikan terbuka mahupun ancaman pedas yang mengutuk amalan kepimpinan yang diamalkan beliau.
Dalam suasana sebegini, interpretasi khalayak yang menghadiri perhimpunan di Universiti Columbia sedikit sebanyak akan menilai fakta dan data yang dikemukan oleh beliau secara intelek dan penuh ilmiah. Atas dasar memertabatkan kedaulatan ilmu, Ahmedinejad langsung membicarakan soal pokok perbincangan dengan tidak terjebak dalam isu-isu besar yang melibatkan Iran.
Perbincangan sedemikian akan mampu menjana pespektif baru buat penuntut dan warga akademik Universiti Columbia untuk menilai sama ada pandangan umum mereka terhadap Iran dan Ahmedinejad selama ini benar atau sekadar dorongan pandangan serong yang ditaja oleh kelompok besar media barat.
Israel dan Hak Kebebasan
Dunia tidak pernah lupa betapa Presiden Iran yang bertubuh kecil ini adalah individu yang paling lantang mempersoalkan tindakan monopoli Amerika Syarikat dan kebiadaban Israel dalam mewacana keganasan dunia hari ini.
Kebebasan yang dilaungkan dunia hanyalah sebuah slogan palsu yang ditaja Zionis dalam menegakkan negara bangsanya sendiri. Amerika Syarikat, sebaliknya pula hanyalah patung-patung yang bermain dengan cita-cita palsu sebagai sebuah negara bertamadun.
Maka, tidak hairanlah jika isu Holocaust yang selama ini menjadi ‘insiden ekslusif’ turut disentuh oleh beliau.
My question was simple: There are researchers who want to approach the topic from a different perspective. Why are they put into prison? Right now, there are a number of European academics who have been sent to prison because they attempted to write about the Holocaust or research it from a different perspective, questioning certain aspects of it.
Persoalan utama yang bermain dibenak fikiran Ahmedinejad bukanlah isu pokok sama ada Holocaust ini berlaku atau tidak. Sebaliknya penjelasan benar dari perspektif ilmiah betapa kejadian Holocaust ini disokong oleh fakta dan data yang sahih dan diyakini.
Tetapi, hampir sebarang diskusi yang membicarakan soal ini dihalang langsung ditutupi sumbernya. Malah, tiada langsung sebarang fakta untuk menjustifikasikan betapa Holocaust ini wajar menjadi ‘insiden ekslusif’ dan ini memberi gambaran betapa Holocaust hanyalah sebuah insiden yang diletakkan sebagai isu untuk meraih pendapat awam sahaja. Tidak lain untuk menanam rasa simpati Barat kepada Israel.
Justeru, apabila perbincangan berkenaan sebarang isu, kebebasan dalam perspektif barat tidak dapat tidak, hanyalah berkitar kepada soal selain daripada ego Israel dan ‘insiden ekslusif’ ini. Jika ada sebarang premis menyentuh perkara ini, maka perbincangan tadi akan langsung dilabel sebagai menyimpang,hatta diskusi ilmiah sekalipun.
Daripada kekangan ini, nyata kebebasan yang dijana oleh Barat hanyalah sebuah khayalan semata dan ilusi buat khalayak umum yang mendokong prinsip kebebasan sejagat. Ia hanyalah satu elemen justifikasi untuk mendorong Barat merampas hak dan kebebasan sebenar masyarakat awam.
Premis ini juga menerangkan betapa Amerika Syarikat yang kononya menjadi jagoan dunia dalam hak kebebasan tidak lebih daripada anjing salakan Israel untuk membenarkan sebarang justifikasi berat sebelah yang membelakangi ego Israel.Lihat sahaja kepada veto Amerika Syarikat dalam resolusi yang tidak menyebelahi Israel.
Maka, tidak menghairankan jika Ahmedinejad dikecam sebegitu hebat oleh massa Amerika Syarikat. Cuma kebijaksanaan dan nilai yang diaplikasikan untuk menangani kebebasan ‘perspektif’ barat ini diambil dalam suasana yang cukup-cukup menguntungkan Iran.