Paradigma perubahan merupakan titik tolak kepada suatu anjakan yang akan membawa masyarakat kepada suatu alternatif baru sistem kehidupan. Peralihan corak yang mendalangi titik tolak perubahan membentuk orientasi baru untuk mendefinasikan sebarang subjek atau menjustifikasikan sebarang bentuk persoalan.
Jika selama ini masyarakat berupaya mengimbangi keperluan terhadap isu anjakan paradigma, maka aliran pemikiran sedemikian juga akan turut memberi kebaikan kepada paradigma perubahan dalam masyarakat. Anjakan paradigma adalah dogma yang membentuk paradigma perubahan.
Kebanyakan tamadun-tamadun besar dunia wujud hasil daripada perencanaan secara total berkenaan istilah perubahan. Jika dilihat secara menyeluruh berkenaan ketamadunan Islam, Nabi SAW menjadi tunjang dalam memberi idea baru berkenaan erti anjakan paradigma kepada masyarakat tanah arab. Islam yang selalu dipandang enteng oleh Barat dan orientalis menjadi negar pertama dunia yang mempunyai perlembagaan yang lengkap dan tersendiri.
Malah dalam ketamadunan India dan China juga, elemen reformasi struktur nilai masyarakat berlangsung saban waktu sebelum mampu membentuk budaya fikir yang konstruktif. Pembinaan watak perubahan begini merupakan langkah paling awal untuk menyanjung budaya negara sebagai sebuah negara bertamadun atau tidak.
Atas landasan hujah demikian, maka langkah BERSIH untuk mereformasikan struktur pandangan awam terhadap Pilihanraya Umum merupakan langkah yang sepatutnya diraikan oleh kebanyakan orang. BERSIH menjadi front dalam membina stamina ini. Marhaen yang selama ini memendam rasa menyimpulkan secara mudah kehendak mereka melalui rapat umum BERSIH.
Dengan suasana perubahan negara yang semakin hari semakin menekan, banyak aspek budaya yang dilupakan, malah yang lebih teruk apabila sistem pentadbiran demokrasi negara kucar-kacir. Eksekutif, Kehakiman danParlimen semakin hari semakin porak-peranda.
Nyata, kontstruk negara yang paling asas iaitu Perlembagaan negara masih belum difahami secara penuh oleh kebanyakan elit sosial negara. Artikel Malaysia Today terbaru, mengeluarkan suatu pandangan yang cukup membina bagaimana individu yang terlibat dalam sistem kehakiman negara turut tidak memahami apa itu perlembaagan negara?
Situasi begini memberi nafas baru kepada pencinta kedaimaian. Suasana damai ketika rakyat ‘mengemis demokrasi’ nyata memberi impak kepada kepimpinan yang sering lena tertidur.