Disember 12, 2007...2:42 am

MEMBELANJAKAN REZEKI KURNIAAN ALLAH

Terus ke Komen

TM @ 23 November 2007

Ust Mohd Zakuan Tak 

“Bertaqwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupan kamu, dan dengarlah oleh mu serta taat, dan belanjakan harta untuk kebahagiaan diri kamu, kerana barangsiapa terpelihara dari kebakhilan diri nya, maka mereka itulah orang yang beruntung.  Jika kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya Allah akan melipatkan gandakan pembalasannya kepada mu dan mengampuni kamu.  Dan Allah Maha Pembalas Jasa lagi Maha Penyatun.”…….At-Taghaabun a.16-17.

Saudara kaum muslimin yang dihormati sekalian.

Dihari jumaat yang mulia ini, marilah bersama kita mendengar dan menghayati khutbah pendek yang bertajuk “ Membelanjakan rezeki kurniaan Allah kejalan yang diredhainya.”

Sidang jumaat yang dimulikan.

Agama Islam adalah agama yang sentiasa membimbing seluruh umatnya kearah kesejahteraan dan ketinggian hidup serta mengawal dari sebarang perbuatan yang mendatangkan kerugian atau penyesalan dalam hidup sesaorang insane itu. Sebab itu Islam bukan sahaja menyediakan jalan jalan atau panduan panduan untuk mencari rezeki yang halal dimuka bumi ini, bahkan menyediakan pula cara cara atau peraturan peraturan bagi menyalurkan harta benda dan wang ringgit dari orang yang dianggap berada itu untuk disampaikan pula kepada gulungan yang tidak bernasib baik, gulungan fakir dan miskin yang tidak mempunyai harta.  Begitulah sempurnanya ajaran Islam yang diwahyukan dari Allah itu kepada Nabi Muhammad SAW dan menyampaikannya pula kepada sekalian umatnya diatas dunia ini. 

Sidang jumaat yang berbahagia. 

Dari ayat yang dibacakan tadi, Jelas Allah menyarankan kepada setiap umat Islam itu supaya  jangan sesekali bersikap bakhil atau kedekut pada membelanjakan harta benda dan wang ringgit yang kita perolehi itu, kepada keperluan diri dan juga tanggung jawab terhadap keluarga.  Pemberian  makan minum dan menyediakan pakaian yang sepatutnya, juga tempat tinggal yang selesa dan berpatutuan itu adalah tanggungjawab dan kewajipan kita sebagai seorang ketua keluarga.  Ianya perlu dilaksanakan dengan sempurna dan bertanggung jawab dengan sekadar yang termampu.

Perbelanjaan atau penyaraan membiayai keluarga ini adalah diharuskan dalam Islam hanya sekadar keperluan sahaja dan tidak perlu pula dilebih lebihkan sangat.  Malah jika terdapat kelebihan rezeki dan harta, maka hendaklah disalurkan pula kepada orang lain yang menderita yang memerlukan bantuan dari orang yang berada seperti kita.  seperti gulungan fakir miskin, anak anak yatim yang terbiar serta janda janda yang terlantar.  Bahkan ada kanak kanak miskin dikalangan masyarakat kita hari ini yang masih memerlukan bantuan makanan, bantuan pakaian dan perbelanjaan persekolahan mereka.  Mereka mereka ini sangat sangat  memerlukan bantuan dari kita. Maka orang yang bakhil dan kedekut untuk membelanjakan harta dan rezeki mereka kepada gulungan asnaf   ini, SAH mereka ini adalah sebagai musuh Allah yang nyata.  Sepertimana firman Allah SWT  dalam surah Imran ayat 180.

“ Dan jangan sekali kali orang orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka.  Bahkan ia adalah buruk bagi mereka.  Mereka itu akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan isi langit dan bumi dan INGATLAH, Allah Maha Mengetahui dengan mendalamnya akan segala yang kamu kerjakan.”…Ali Imran ayat 180.

“ Dan ingalah, orang orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.  Iaitu pada hari dibakar emas perak itu dalam neraka jahanam, lalu diselar keatas dahi dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka sambil dikatakan kepada mereka “ Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri.  Oleh itu rasakan azab dari apa yang telah engkau simpankan itu “…At-Taubah 34-35. 

Haidirin jumaat yang dihormati,

Oleh itu berwaspada dan berhati hatilah tuan tuan sekalian, terutama pada orang orang yang  berharta dan berada.

Sebagai seorang yang beriman yang mengharapkan keredzoan Allah SWT dan kebahagiaan dihari akirat nanti, maka kita  hendaklah berhati hati dan bercermat cermat serta membuat perhitungan dalam membelanjakan harta dan wang ringgit, supaya jangan sampai membawa kepada pembaziran yang sangat dibenci oleh Allah SWT.  Perbelanjaan yang berlebihan atau boros membeli barangan yang dianggap tidak berfaedah adalah dikira membazir.  Sedangkan orang yang membazir itu disifafkan oleh Allah  sebagai saudara syaitan.  Sepertimana firmannya:

Yang bermaksud : Sesungguhnya orang yang pemboros itu  itu adalah saudara saudara syaitan, dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya. “…..Al-Israq 27.

Sidang jumaat yang berbahagia.

Bagi kita yang mempunyai pendapatan bulanan, telah merasai dan akan menerima berbagai nikmat seperti pemberian bonus, kenaikan gaji dan sebagainya.  Kesemuanya itu adalah pemberian Allah yang maha berkuasa yang mana rezeki tersebut perlu wajib disyukuri dengan sebaik baiknya. Oleh itu berhati hatilah ketika kita membelanjakan rezeki tersebut.  Jika dikenakan zakat maka wajib kita mengeluarkan zakat.  Bersifat pemurah dengan memperbanyakan sedekah dan jariah.   Janganlah hendaknya dihabiskan begitu sahaja mengikut kata hati ketika membeli, seperti membeli barangan yang tidak berfaedah, yang tidak memberi pulangan apa apa keuntungan kepada diri dan keluarga sendiri.  Seperti membeli perabut rumah yang mahal dan klasik.  Kadang kadang perabut rumah itu lebih mahal dari harga rumah yang kita duduki.  Keluasan ruang tamu Cuma 60 inci, tetapi membeli juga TV Plasma berukuran 42 inci, yang mengakibatkan hanya berbaki Satu Setengah kaki.  Menyebabkan kita tersepit apabila melalui ruang sempit ini.   Bak kata pepatah melayu “Ukur baju tidak dibadan sendiri “,  malah kadang kadang sanggup berhutang beribu ribu asalkan kehidupan kita berstatus bangsawan yang dihormati.  Sedangkan kita masih memerlukan wang ringgit untuk persediaan menghadapi perbelanjaan persekolahan yang tinggi yang bakal dihadapi awal tahun 2008 nanti.

Saudara seagama yang saya hormati,

Jika pendapatan kita berlebihan sekalipun, maka eloklah menabung atau menyimpannya untuk kegunaan dihari tua.  Simpanan wang dan bekalan itu amat penting diatas dunia ini. Dunia ini berputar tuan tuan, sekejab kita diatas dan sekejab kita kebawah. Manalah tahu, kita diuji jatuh sakit, ketika itu sudah pasti memerlukan belanja yang banyak untuk pembiayaan perubatan,  Bagaimana kalau kita tidak mempunyai bekalan wang simpanan.  Tetapi Lebih  malang lagi diantara kita, sudahlah didunia tiada wang yang disimpan, bekalan akhirat langsung tidak dihiraukan.  Hari akhirat itu tuan tuan sekalian adalah tempoh yang terlalu panjang, yang mana sangat sangat memerlukan simpanan ibadat ketika diatas dunia ini, sebagai bekalan dihari yang amat mendukacitakan sekalian manusia, kecuali yang beramal soleh ketika diatas dunia.Seharusnya kita berlumba lumba membuat amal pahala kerana usia umur manusia hari ini  sudah semakin pendek.  Umur kita jarang melepasi 74 tahun, maka dalam tempoh yang singkat ini, ketika masih berdenyut lagi nadi kita, kita perlu bersungguh mengerjakan amal ibadah untuk bekalan dihari akhirat yang bakal tiba.

 

Ketahuilah wahai saudara ku, bahawa keperluan harta yang kita punyai diatas dunia ini,  sebenarnya ialah apa yang kita makan dan apa yang kita minum atau apa yang kita pakai juga apa yang kita infakkan atau sedekahkan. Itu sahaja. Yang lain hatta bertimbun sekalipun atau bernilai berbiliun, adalah bukan milik  kita, Ianya milik  waris waris yang kita tinggalkan.  Kita hanya memerlukan kain puteh pembalut badan serta amalan soleh yang berkekalan.

 

Peringatan ini ditujukan kepada sesiapa sahaja, Saya dan juga tuan tuan yang mulia. Miskin atau kaya, tua atau muda. Terutama kepada yang berada dan berharta.  Diingatkan supaya janganlah hendaknya kita merasa sombong dan bongkak terhadap saudara saudara muslim yang tidak bernasib baik seperti kita.  Seperti saudara saudara kita yang masih bekerja sendiri dikampung atau didesa. Masih menoreh getah dan mengait kelapa. Mereka tidak kenal apa itu bonus dan merit.  Maka hulurkanlah sedikit rezeki kita kepada mereka,  Berilah bantuan ketika mereka meminta.  Ini adalah sebagai tanda syukur kita terhadap kurniaan Allah, lebih lebih lagi jika  terdapat dikalangan kaum kerabat kita sendiri, adik beradik kita sendiri yang ditimpa malang atau jatuh derita, maka bantuilah mereka dengan sewajarnya.  Allah SWT tidak akan mensia-siakan kebajikan yang kita lakukan itu.  Malah akan dilimpahi rezeki dari sumber yang tidak diduga dan disangka.  Dan diakhirat nanti akan mendapat ganjaran pahala yang semulia mulianya.  Bersedekah kepada kaum keluarga itu akan mendapat dua pahala, yaitu kelebihan pahala bersedekah dan keduanya pahala  mengeratkan tali silaraturahim antara keluarga.

Sidang jumaat yang dikasihi.

Didalam mencari pahala berganda, tuan tuan yang mempunyai kelebihan rezeki perlu banyak bersedekah dan melaksanakan ibadah.  Ketika ini, bulan Zulkaedah banyak masjid, surau, persatuan persatuan dan pejabat pejabat sedang mengatur program sembelihan Ibadah korban dan aqiqah bagi tahun 1428 Hijrah.  Disamping merayakan hari raya Aidil Adha nanti, maka berkorbanlah tuan tuan sekalian, dengan menyembelih haiwan ternakan sepertimana mengikut syariat Nabi Allah Ibrahim dan Ismail yang dicatatkan didalam Al-Quran Nur Karim.  Kita akan berpahala besar dan dosa dosa orang yang berkorban itu dijanjikan Allah akan diampuni sebelum titisan darah sembelihan itu jatuh kebumi.   

Carilah lah lokasi dimana mana pelusuk bumi ini yang terdapat orang Islam yang dhoif yang kais pagi makan pagi yang makan daging setahun sekali, untuk diagih agihkan daging mentah dari korban tuan tuan sendiri. Biarkan mereka yang dhoif itu merasai nikmat daging dari sebahagian harta kita yang disayangi.  Kemudian rasakan nikmat dan keberkatan ibadah ini yang pastinya setiap tahun tuan tuan akan menyertai ibadah korban dan Aqiqah ini.

“Ketahulah sesungguhnya harta dan anak pinak kamu itu boleh membawa angkara, sebenarnya pada sisi tuhanmu ialah sebesar besar pahala “


 

Tinggalkan jawapan